PUTRAJAYA : Kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana syarikat yang berdaftar di Israel untuk melakukan sebarang aktiviti di negara ini, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bahkan, menurut Perdana Menteri, dua syarikat yang didakwa membekalkan senjata kepada rejim Zionis iaitu Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.
Tambah Anwr, kelulusan berhubung syarikat ZIM pula telah diperoleh sejak tahun 2002 lagi, sebelum beliau mengambil keputusan untuk membatalkan mana-mana kapal syarikat tersebut berlabuh di perairan negara ini.
“Tak ada (syarikat) yang berdaftar… kita tak benarkan. Yang benarkan (tahun) 2002 Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) bawa (kapal) Zim. Kita dah batalkan … ingat 2002 yang benarkan kapal Israel masuk itu adalah Tun Mahathir masa jadi Perdana Menteri. Tiada bagi alasan apa pun Kemudian diteruskan.
“Saya batalkan kepada Jemaah Menteri, itu pendirian kita (untuk) tak izinkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024 - 2028 di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir agar kerajaan perlu segera mengusir dua syarikat tersebut yang kini berada di Malaysia untuk menyertai pameran Pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024 di ibu negara.
Dakwa Dr Mahathir, Lockheed Martin dan BAE System merupakan pembekal senjata terbesar kepada rejim Zionis yang melakukan serangan dan pengeboman ke atas rakyat Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu.
Dalam perkembangan sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai sebuah negara perdagangan bebas, Malaysia memberi ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di negara ini.
Sehubungan itu, Malaysia, katanya lagi, mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan mana-mana negara tertentu.
Menurut Khaled, DSA dan NATSEC Asia 2024 merupakan pameran yang dianjurkan oleh pihak swasta dengan kos dan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur.
Jelas beliau juga, pameran ini tidak memihak atau memberi kelebihan kepada mana-mana negara atau syarikat tertentu.
"Sebaliknya, dibuka kepada semua negara dan pemain industri termasuk penyertaan besar dari negara-negara Islam seperti Republik Turki, Republik Indonesia, UAE, Iran, Bosnia dan Herzegovina serta Pakistan.
"Selain negara-negara Islam, pameran ini turut menjadi arena penting kepada pemain pertahanan Asia dari Korea Selatan, China, India dan Singapura," tambah beliau.
Kementerian Pertahanan turut menegaskan bahawa dasar perolehan pertahanan negara dilaksanakan dengan mengambil kira kemajuan teknologi mutakhir, keperluan strategik negara, kos sesuai nilai, kepentingan nasional serta pendirian politik global Malaysia.
Firdaus Azil
Tue May 07 2024
Kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana syarikat yang berdaftar di Israel untuk melakukan sebarang aktiviti di negara ini, tegas Perdana Menteri Anwar. - Gambar fail REUTERS
Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi
Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong pada Selasa.
Pereka grafik didakwa sembunyi wang lebih RM100,000 milik seorang lelaki
Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah lebih RM100,000 milik seorang lelaki.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.